Penapis Air Murah Shopee Atau CUCKOO?

Penapis Air Murah Shopee Atau Penapis Air CUCKOO?

Kerap tular di media sosial, netizen kongsikan betapa untungnya beli Penapis Air Murah yang dijual di Shopee berbanding Penapis Air CUCKOO. Jika beli Penapis Air di Shopee tak perlu bayar bulan-bulan, tetapi Penapis Air Cuckoo perlu bayar bulanan dan mereka merasakan ia sesuatu yang merugikan. 

Tetapi, benarkah jika beli Penapis Air di Shopee lebih jimat dan untung berbanding beli Penapis Air CUCKOO? Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi pada anda pandangan dan realiti tentang perbezaan Penapis Air Murah yang dijual di Shopee dan Penapis Air CUCKOO.

1. HARGA LEBIH MURAH

Tidak dinafikan harga Penapis Air Murah yang dijual di Shopee lebih murah. Dengan harga bawah RM 250 anda boleh dapat sebuah penapis air lengkap 3 suhu.

Berbanding dengan Penapis Air CUCKOO, anda hanya boleh dapat dengan harga serendah RM 60 sebulan bayaran selama 7 tahun atau belian tunai serendah RM 2,999.

BACA : HARGA TERKINI PENAPIS AIR CUCKOO

Tetapi, perbezaannya adalah pada Kualiti Mesin, Kualiti Air yang dihasilkan, Servis & Warranty dan Jaminan yang diberikan oleh syarikat.

2. KUALITI AIR YANG DIHASILKAN

PENAPIS AIR MURAH SHOPEE
Biasanya, jika anda survey Penapis Air yang dijual di Shopee, kebanyakannya tidak menyatakan jenis air yang dihasilkan oleh mesin tersebut sama ada air mineral ataupun air RO atau jenis air lain.

Selain itu, adakah kualiti air yang dihasilkan mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau World Health Government? Adakah anda pasti bahawa air yang anda minum dari mesin tersebut benar-benar bersih dan selamat untuk diminum? Adakah penjual di Shopee dapat mengemukakan ujian makmal atau apa-apa bukti yang menyatakan air tersebut adalah bersih dan selamat untuk diminum?

PENAPIS AIR CUCKOO
Penapis Air Cuckoo menghasilkan Air Mineral Beralkali Ringan yang sangat sihat untuk diminum seisi keluarga. Air yang dihasilkan oleh Penapis Air Cuckoo mempunyai purata pH 7.5 yang sangat disarankan oleh World Health Government (WHO).

Produk Cuckoo juga telah mendapat pengiktirafan dari WHO yang mana anda tidak perlu berasa ragu untuk menggunakan Produk Cuckoo. Klik >SINI< untuk lihat pengiktirafan WHO.

Penapis Air CUCKOO juga terbukti dapat membunuh Kuman, Virus dan Bakteria dalam air. Hal ini telah terbukti melalui laporan ujian makmal daripada Korea Conformity Laboratories (KCL).

Tujuan anda membeli penapis air untuk mendapatkan air yang bersih dan sihat untuk diminum. Jika anda hanya mengambil kira harganya sahaja yang murah, adakah anda dapat pastikan bahawa Penapis Air yang murah tersebut betul-betul dapat menghasilkan air bersih untuk anda dan anak-anak minum?

BACA : KELEBIHAN PENAPIS AIR CUCKOO

3. KUALITI FILTER PENAPIS AIR

PENAPIS AIR MURAH SHOPEE
Setiap penapis air yang dijual pasti ada filter yang digunakan. Jika anda membeli Penapis Air yang murah di Shopee, adakah maklumat lengkap dikemukakan apa jenis filter yang digunakan dalam mesin tersebut?

Apakah jenis proses penapisan yang digunakan untuk menghasilkan air? Biasanya setelah saya melakukan beberapa survey di Shopee, di bahagian Description produk, tiada satu pun iklan produk yang memberikan maklumat lengkap jenis filter dan proses penapisan yang digunakan dalam mesin tersebut.

PENAPIS AIR CUCKOO
Penapis Air Cuckoo menggunakan Sistem Penapisan Teknologi Terkini iaitu Nano Positive Filtration System dilengkapi dengan 4 jenis filter yang berkualiti tinggi. 4 jenis filter tersebut ialah:


1. Sediment Filter – Untuk menapis kotoran dalam air seerti keladak dan karat
2. Pre Carbon Filter – Menghilangkan bau dalam air
3. Natural Filter (Patented) – Menapis kandungan logam berat dalam air dan mengekalkan kandungan mineral
4. Nano Positive Filter (Patented) – Membunuh 99% Kuman, Virus & Bakteria dalam air.

Lihat gambar di bawah untuk proses penapisan yang menghasilkan Air Mineral Beralkali Ringan:

Adakah dengan harga sahaja dapat meyakinkan anda untuk memilih Penapis Air di Shopee berbanding Penapis Air Cuckoo?

4. SERVIS

PENAPIS AIR MURAH SHOPEE
Harga dah murah, mesti lah tak ada servis betul tak? Ya saya pasti kebanyakan daripada anda tidak sanggup bayar lebih untuk servis kerana anda mungkin ada kepakaran dalam bidang teknikal. Setakat tukar filter, mudah sahaja, buat apa bayar lebih hanya untuk dapat servis.

Filter juga banyak dijual di Shopee dengan harga yang sangat murah. Anda boleh beli filter tersebut, tunggu beberapa hari dan pasang bila dah sampai.

Persoalannya, filter tersebut anda pasti telah mendapat pengesahan KKM dan HALAL JAKIM? Hanya dengan harga yang murah tidak dapat menjamin kesihatan anda pada masa akan datang.

Cuba baca feedback dari salah seorang pengguna Penapis Air murah :

PENAPIS AIR CUCKOO
Apa yang anda akan dapat dengan bayaran hanya RM 55 Sebulan ialah PERCUMA Servis & Penukaran Filter Setiap 4 Bulan selama 7 tahun! Maknanya sepanjang 7 tahun anda tak perlu fikir tentang servis, sepanjang 7 tahun anda dapat menikmati air bersih bertapis. Semua pihak Cuckoo akan selesaikan untuk anda.

Apabila servis pula, Cuckoo akan buat penukaran filter yang baru, bukan sekadar cuci dan guna semula filter yang lama. Mana yang lebih berbaloi?

Tentang status halal pula? Jangan risau, Cuckoo telah mendapat pengiktirafan daripada KKM dan HALAL JAKIM. Anda boleh guna tanpa ada sebarang keraguan.

5. JAMINAN WARRANTI

PENAPIS AIR MURAH SHOPEE
Apakah jaminan atau warranti yang dapat syarikat berikan kepada anda jika penapis air mengalami masalah kerosakan? Biasanya pengguna Penapis Air Murah ni mengamalkan konsep pakai-buang.

Jika rosak, buang sahajalah, beli yang baru. Harga pun murah, tak payah bayar bulan-bulan kan. Tiada jaminan atau warranti yang lengkap dan khusus kepada pelanggan kerana syarikat tersebut juga tidak mampu sediakan warranti yang lama akibat kos jualan produk tersebut yang murah.

Berikut merupakan petikan dari description salah satu produk Penapis Air Murah yang dijual di Shopee, hanya 6 bulan sahaja jaminan warranti.

PENAPIS AIR CUCKOO
Syarikat Cuckoo menawarkan Warranti penuh sepanjang kontrak bayaran Penapis Air Cuckoo. Sebagai contoh, jika anda mengambil pakej RM 60 sebulan, Warranti penuh mesin akan diberikan sepanjang 7 tahun!

Jika anda mengalami masalah atau kerosakan dengan mesin penapis air, hubungi sahaja customer service Cuckoo untuk buat aduan. Kos baiki PERCUMA dan ada kes yang Cuckoo ganti Penapis Air baru, PERCUMA SAHAJA!

Jaminan seperti ini yang kita perlukan. Bak kata pepatah Alah Membeli, Menang Memakai.
Tambahan pula, jika dibandingkan dengan Bil Astro RM 90 Sebulan, Bil Unifi RM 90 Sebulan, Bil Cuckoo Hanya RM 55 SEBULAN!

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, Penapis Air Murah yang dijual di Shopee hanya menang pada harganya sahaja tetapi dari aspek kualiti dan kesihatan, adalah lebih berbaloi jika anda memakai Penapis Air Cuckoo.

Sentiasa beringat, bahawa tujuan anda membeli penapis air adalah untuk bekalan air bersih buat keluarga dan anak-anak, dan kesucian produk tersebut dari kandungan yang Syubhah terutama bagi orang Islam.

Jika anda boleh beli Iphone yang harga beribu dan sanggup berhutang credit card bayar bulan-bulan sedangkan fungsi nya sama seperti handphone lain yg harga jauh lebih murah, apalah kiranya anda melabur RM 55 sebulan untuk Penapis Air yang lebih diyakini kualiti dan kebersihannya.

LIHAT : PROMOSI TERKINI CUCKOO 2023

Dah baca? Mohon Like, Komen Dan Share. 

Boleh Follow FB Page : CUCKOO KLANG

Jom Whatsapp Saya
error: Content is protected !!