5 LANGKAH PERANGI COVID 19 KETIKA DI RUMAH
Bermula pada hujung tahun 2019, Covid 19 telah menjadi penyakit atau wabak yang paling merbahaya di negara dan di dunia keseluruhannya ketika ini. Wabak ini telah bermula di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember 2019 dan telah merebak ke seluruh dunia sekitar awal tahun 2020.
Tidak terkecuali, wabak Covid 19 ini juga telah melanda atau merebak ke negara kita dan telah menjadi sangat serius bermula sekitar Mac 2020.
Disebabkan itu, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan pertama yang bermula pada 18 Mac lalu sehingga 31 Mac yang menyebabkan ekonomi negara dan ekonomi rakyat merosot dengan sangat teruk.
Sehingga sekarang tahun 2021, telah lebih setahun negara kita menangani wabak ini namun masih belum berjaya. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan terbaru yang dikeluarkan oleh kerajaan telah bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021 akibat kes yang meningkat secara mendadak sehingga mencecah 9000 kes positif.
Rakyat Malaysia wajib untuk menjadi lebih berdisiplin untuk membantu negara membasmi wabak Covid 19 ini. Duduk rumah dan jangan keluar rumah jika tiada urusan penting.
Berdasarkan kajian dan laporan daripada Penasihat Khas Kesihatan Awam, Virus Covid 19 boleh merebak dan berjangkit melalui udara terutama jika berada di dalam ruang yang sempit seperti di rumah ataupun di dalam bilik. Ia juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berikut merupakan 5 langkah untuk memerangi wabak Covid 19 ketika berada di rumah.
1. Kerap Basuh Baju
Jika anda keluar rumah atas urusan penting seperti bekerja, beli barang dapur, ke hospital atau sebagainya, setiap kali anda pulang ke rumah, anda perlu terus basuh baju yang telah anda pakai ketika keluar rumah.
Kita sedia maklum bahawa, Virus Covid 19 yang semakin mengganas kerana terdapat varian yang lebih merbahaya mampu untuk merebak melalui udara dan mungkin boleh melekat di pakaian anda.
2. Terus Mandi Selepas Keluar Rumah
Langkah seterusnya, jika anda keluar rumah, apabila anda pulang, anda dinasihatkan untuk terus mandi. Kerana Virus Covid 19 kita tidak boleh nampak dengan mata kasar.
Mungkin virus tersebut melekat di bahagian badan kita, jadi bersihkan badan anda dengan sabun pembasmi kuman seperti Dettol dan lain-lain.
3. Buka Tingkap Rumah
Jika tiada sistem pengudaraan yang baik di dalam rumah, pastikan anda sentiasa buka tingkap rumah untuk memastikan pengudaraan yang bagus.
Seperti kita tahu, Virus Covid 19 sekarang boleh merebak melalui udara, dan ada kemungkinan virus tersebut ada di dalam udara rumah anda. Jadi, pastikan tingkap rumah sentiasa di buka.
4. Banyak Minum Air
Air merupakan keperluan untuk kita sebagai manusia meneruskan kehidupan. Di musim pandemik, anda disarankan untuk minum banyak air. Pastikan anda minum air yang bersih bertapis dan sihat.
Elakkan minum air yang hanya dimasak kerana air masak menggunakan cerek tidak 100% bersih. Air masak masih mengandungi logam berat, kuman dan bakteria.
Jika anda ingin menjimatkan kewangan, tenaga dan masa, pasanglah Penapis Air. Penapis Air Cuckoo adalah yang terbaik kerana menghasilkan Air Mineral Beralkali Ringan dengan pH 7-7.5. Air Mineral Beralkali Ringan yang dihasilkan oleh Penapis Air Cuckoo sangat kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, bebas logam berat dan bebas kuman serta bakteria jahat.
Minum Air Mineral yang banyak secara tidak langsung akan mengelakkan dehidrasi, meningkatkan kesihatan tubuh badan dan menambahkan kekuatan sistem imunisasi badan.
Untuk lihat Kelebihan Penapis Air Cuckoo yang mampu milik, boleh KLIK DISINI.
5. PASANG PENAPIS UDARA
KKM menyarankan penggunaan Penapis Udara ketika musim pandemik. Hal ini kerana, Penapis Udara yang berkualiti dapat membantu menjaga kualiti udara rumah anda dan terbukti mampu membunuh Virus, Kuman dan Bakteria dalam udara rumah anda.
Penapis Udara Cuckoo merupakan Penapis Udara Terbaik yang wajib anda miliki kerana Teknologi yang digunakan dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid 19 terutama dalam rumah anda.
Penapis Udara Cuckoo diiktiraf oleh Universiti Putra Malaysia dan diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Udara di Korea iaitu KACA. Kini, di Cuckoo, Penapis Udara Cuckoo anda boleh dapatkan dengan harga RM 66 sahaja sebulan.
Untuk baca lebih lagi tentang Kelebihan Penapis Udara Cuckoo Boleh KLIK DISINI.