PENAPIS AIR CUCKOO TITAN

PENAPIS AIR CUCKOO TITAN

Penapis Air Cuckoo Terbaru iaitu Cuckoo Titan telah diperkenalkan pada tahun 2022. Model Cuckoo Titan ini telah diangkat sebagai Penapis Air paling canggih dalam pasaran Malaysia kerana teknologinya yang mampu menghasilkan air panas bersuhu 100 darjah celsius.

Penapis air biasa yang ada dalam pasaran Malaysia termasuk Model Cuckoo yang lain hanya mampu hasilkan air panas bersuhu 85-90 darjah celsius maksimum tetapi dengan teknologi yang canggih, Cuckoo akhirnya mampu hasilkan sebuah penapis air yang berupaya menghasilkan air panas bersuhu 100 darjah celsius.

Banyak lagi kelebihan Penapis Air Cuckoo Titan. Jom teruskan membaca!

KELEBIHAN CUCKOO TITAN

1. Fungsi Air Panas 100 Deg. Celsius

Kelebihan penapis air yang dapat hasilkan air panas sehingga 100 darjah celsius ialah dapat membunuh 99.9% kuman dan bakteria dengan lebih berkesan.

Kepada penggemar teh dan kopi, Cuckoo Titan ini sangat sesuai kerana air panas suhu maksima dapat menghasilkan rasa teh dan kopi yang padu dan sedap. Kepuasan rasa teh dan kopi dapat dinikmati sepenuhnya, serta air mineral yang dihasilkan oleh Cuckoo Titan dapat memastikan air bersih dan sentiasa sihat untuk diminum oleh seisi keluarga.

Cuckoo Titan dapat menghasilkan beberapa tetapan suhu air panas iaitu 40, 50, 60, 70, 80, 90 dan 100 Darjah Celsius. Jika anda ada anak yang menyusu botol, anda dapat bancuh susu dengan lebih mudah sepantas 30 saat sahaja kerana Cuckoo Titan dapat menghasilkan suhu air yang sangat sesuai untuk air susu botol.

2. Fungsi Pensterilan (Sterilisation Water)

Penapis Air Cuckoo Titan dilengkapi dengan fungsi pensterilan untuk buah-buahan, sayur-sayuran, botol susu bayi dan lain-lain. Fungsi pensterilan ini dapat membunuh 99.9% kuman dan bakteria.

Tahukah anda, pada sayuran dan buah-buahan sepastinya ada racun perosak yang digunakan, disinilah perlunya untuk menghilangkan kesan racun perosak tersebut dengan fungsi pensterilan yang ada pada Cuckoo Titan.

Fungsi ini juga boleh dimanfaatkan ketika membasuh beras yang mana dapat memastikan nasi yang dimasak tahan lebih lama, basuh ikan dan basuh ayam.

3. Pensterilan Automatik (In & Out Auto Sterilisation)

Penapis Air Cuckoo terkenal dengan teknologi canggih In & Out Auto Sterilisation Function yang ada pada Model Icon dan Prince Top. Model Cuckoo Titan keluaran terbaru kali ini juga dilengkapi fungsi Pensterilan Automatik.

Fungsi ini menggunakan Auto-Electrolysis untuk membersihkan dan membunuh 99.9% kuman secara automatik pada saluran paip dan Faucet tempat keluarnya air supaya air yang dihasilkan lebih bersih dan sihat untuk diminum.

4. Dapat Bunuh 99.9% Kuman Dan Bakteria

Penapis Air Cuckoo Titan menggunakan Filter yang canggih dan berkesan untuk membunuh 99.9% kuman serta menghasilkan air mineral yang bagus untuk kesihatan.

Model Cuckoo Titan hanya mempunyai 2 jenis filter iaitu Nano Positive Plus 3.0 Filter dan Carbon Composite Filter. Fungsi Nano Positive Plus 3.0 Filter ialah untuk menyingkirkan bendasing, menghilangkan karat, dan habuk besi yang terdapat dalam air. Selain itu, filter ini dapat menyingkirkan dan membunuh bakteria dan virus dalam air. Filter ini akan ditukar setiap 8 bulan sekali.

Carbon Composite Filter akan membersihkan air menggunakan pembersihan arang, menyingkirkan sisa dan membuang sebatian organik yang meruap. Selain itu, filter ini dapat menyingkirkan bendasing halus yang ada dalam air. Filter ini akan ditukar setiap 4 bulan sekali.

5. Penapis Air Tanpa Tangki

Penapis Air Cuckoo Titan diperkenalkan sebagai model Penapis Air Tanpa Tangki. Bermakna air yang dihasilkan secara terus daripada sumber paip tanpa had. Kelebihan menggunakan penapis air jenis tanpa tangki ini ialah, anda tidak perlu menunggu untuk air diisi dalam tangki.

Anda dapat minum dan menikmati air mineral tanpa had dan dengan teknologi yang ada, air akan terus panas atau sejuk mengikut suhu yang anda tetapkan.

6. Faucet Boleh Laras

Boleh Laras Depan & Belakang

 

Boleh Laras Atas & Bawah

Fungsi faucet yang fleksibel dan boleh laras ini dapat mengurangkan percikan air jika cawan yang digunakan lebih kecil dan rendah. Anda juga boleh adjust faucet tersebut jika ingin membasuh sayuran dan buah-buahan dalam mangkuk dengan menggunakan fungsi penstrilan air.

7. Kelebihan Lain Cuckoo Titan

SMART CUP MODE

Fungsi Smart Cup Mode dapat mengeluarkan air secara terus iaitu 250ml secawan atau 120ml untuk setengah cawan.

HIDDEN STOP TOUCH

Fungsi Hidden Stop Touch menawarkan anda penggunaan premium dan memberikan ciri keselamatan tambahan ketika mengeluarkan air panas dan hanya sentuh pada tepi badan mesin untuk memberhentikan pengeluaran air.

VOICE NAVIGATION

Secara bahasa mudahnya, mesin Penapis Air Cuckoo Titan mempunyai suara dan ditawarkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Canggih kan?

MOOD LIGHTING

Cuckoo Titan juga dilengkapi lampu yang berwarna untuk menambahkan lagi seri dan memberi anda rasa premium pada mesin.

ENERGY SAVING

Jangan terlalu risau dengan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi kerana Penapis Air Cuckoo Titan dilengkapi Mod Penjimatan Elektrik dimana dapat meminimumkan penggunaan elektrik di rumah anda.

8. Saiz Mesin Yang Minimalist Dan Moden

Saiz Penapis Air Cuckoo Titan sangat minimalist dan reka bentuk yang menarik sangat sesuai digandingkan dengan dapur anda yang cantik. Saiznya ialah 514mm (Panjang) x 166mm (Lebar) x 399mm (Tinggi).

9. Spesifikasi Cuckoo Titan

Gambar diatas menunjukkan spesifikasi model Cuckoo Titan untuk rujukan anda.

10. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, model Cuckoo Titan terbaru ini sangat canggih dan sesuai untuk anda yang mementingkan kekemasan dapur anda kerana saiznya yang minimalist. Reka bentuknya juga moden dan cantik.

Harga yang ditawarkan juga sangat mampu milik iaitu pada tanda RM 110 sebulan bayaran selama 5 tahun. Percuma Servis Berkala setiap 4 bulan sekali selama 5 tahun dan jaminan selama 5 tahun.

Boleh KLIK DISINI untuk lebih info tentang Model Cuckoo Titan.

 

titan

Jom Whatsapp Saya
error: Content is protected !!