Penapis Udara CUCKOO

Penapis Udara CUCKOO | Info, Harga Dan Promosi

penapis udara cuckoo

Penapis Udara Cuckoo telah menjadi satu keperluan. Semua manusia yang hidup di muka bumi hirup udara yang sama iaitu Oksigen. Tanpa udara kita takkan dapat hidup.

Udara kita tiada pilihan, kita tidak boleh pilih untuk hirup udara jenis apa. Jika udara tersebut tercemar, kotor, berhabuk atau ada virus, kita terpaksa hirup.

Tahukah anda udara dalam rumah lebih tercemar daripada udara di luar? Udara di luar rumah sentiasa bergerak, tetapi udara di dalam rumah terkumpul dan tidak bebas. Itulah sebabnya kita perlu mengawal kualiti udara di dalam rumah supaya seisi keluarga dapat menghirup udara bersih sentiasa.

5 Fakta Udara Dalam Rumah

Fakta udara dalam rumah

Berdasarkan kajian Environmental Protection Agency, lebih dari 7 Juta orang di dunia mati kerana terdedah kepada pencemaran udara di dalam dan di luar rumah. Dan 3.8 Juta orang mati disebabkan oleh pencemaran udara di dalam rumah. 

Di samping pencemaran udara di luar yang juga merbahaya seperti jerebu atau gas karbon monoksida, kualiti udara dalam rumah juga wajib diberi perhatian. Udara dalam rumah boleh memberi kesan yang serius terhadap kesihatan mental dan fizikal.

1. Purata 18Kg Habuk Bersarang Dalam Rumah

habuk dalam rumah

  • Menurut kajian, purata setiap tahun sebanyak 18Kg habuk telah bersarang dan terkumpul dalam rumah kita.
  • Habuk yang terkumpul boleh menyebabkan 45 jenis kimia toksik di dalam rumah yang sangat merbahaya untuk kesihatan kita dan keluarga.

2. Kulat Air Beri Kesan Negatif Pada Udara Dalam Rumah

kulat air

  • Cuba periksa rumah anda? Adakah ada kebocoran paip air di dalam rumah dan menyebabkan tompok kulat pada dinding rumah?
  • Tahukah anda sebenarnya tompok itu adalah kulat air yang merupakan bakteria merbahaya untuk kesihatan kita?
  • Kulat air tersebut boleh menyebabkan kita batuk, selsema dan menjejaskan kualiti udara rumah kita.

3. Asma Pada Anak

asma pada anak

  • Mencegah lebih baik dari mengubati. Kualiti udara dalam rumah menjadi faktor penting yang boleh menyebabkan anak anda terkena penyakit asma.
  • Penyakit asma merupakan penyakit yang merbahaya untuk kanak-kanak kerana mereka akan mengalami sesak nafas dan boleh membawa maut.
  • Habuk, bakteria dan virus dalam udara adalah faktor utama anak anda mungkin akan terkena penyakit asma.

4. Udara Dalam Rumah Lebih Tercemar

udara tercemar

  • Berdasarkan kajian, udara dalam rumah sebenarnya lebih tercemar daripada udara di luar rumah. Hal ini kerana udara di luar sentiasa bergerak manakala udara di dalam rumah terperangkap dan tidak bebas.
  • Kita menghabiskan 90% masa kita berada di dalam rumah dimana berdasarkan kajian EPA, udara dalam rumah 2-5 kali lebih tercemar daripada udara luar.

5. Terdedah Kepada Penyakit Kanser

kanser

  • Jika kita terlalu terdedah dengan pencemaran udara baik di luar atau di dalam rumah, hal itu akan meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit kanser.
  • Mengikut kajian, 54% kadar kematian disebabkan oleh kanser dihadapi oleh golongan wanita yang bekerja di rumah atau suri rumah.

Sumber Utama Pencemaran Udara Dalam Rumah

Kualiti udara yang boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan seperti allergik, masalah pernafasan, dan masalah kulit. 

Disebabkan 90% daripada masa kita dihabiskan dalam rumah, kita perlu memastikan udara dalam rumah kita bersih dan bebas dari pencemaran untuk melindungi kita sekeluarga.

indoor pollutant sources

Antara punca utama pencemaran udara dalam rumah ialah:

1. Udara Dari Luar Rumah

  • Udara dari luar rumah diketahui umum bahawa banyak pencemaran seperti jerebu, gas karbon monoksida, virus dan bakteria yang toksik dan sangat merbahaya untuk kesihatan.

2. Bilik Tidur

  • Bahan kimia dari pewangi rumah, penyembur rambut, habuk dari perabut, hama dan pepijat dari tilam juga boleh menjadi punca kepada pencemaran udara dalam rumah.

3. Bilik Basuh (Kawasan Mesin Basuh & Mesin Pengering)

  • Volatile Organic Compounds daripada bahan pencuci, bau daripada bahan pencuci, kulat air dan kuman patogen juga boleh mengurangkan kualiti udara rumah anda.

4. Kawasan Dapur Memasak

  • Alatan memasak yang berminyak, sisa-sisa minyak terbuang dan kebocoran gas memasak yang mungkin boleh terjadi.

5. Bilik Air & Tandas

  • Bilik air dan tandas merupakan tempat pembiakan kuman dan bakteria. Kuman dan bakteria ini sangat halus dan boleh berlegar di ruang udara rumah kita.

6. Penghawa Dingin (Air Conditioning)

  • Jika kita pasang penghawa dingin di rumah, udara di dalam rumah kita akan menjadi tidak bebas dan terkumpul. Hal ini akan menyebabkan segala kuman dan bakteria dalam udara rumah kita tidak dapat disingkirkan.

7. Ruang Tamu

  • Bulu haiwan, asap rokok, bahan kimia dan bau cat rumah, karpet dan perabot juga boleh menjadi punca kepada pencemaran udara dalam rumah terutama di bahagian ruang tamu.

5 Kesan Pencemaran Udara Dalam Rumah

Pencemaran udara bukan sahaja boleh berlaku di luar rumah, malah di dalam udara di dalam rumah juga boleh tercemar. Pencemaran Udara di dalam rumah lebih bahaya daripada pencemaran udara di luar rumah.

kesan pencemaran udara dalam rumah

Pencemaran udara dalam rumah boleh memberi kesan terhadap kesihatan seisi keluarga. Antara kesan pencemaran udara dalam rumah ialah:

1. Kerap Batuk Dan Bersin

kerap batuk

  • Jika anda kerap mengalami batuk yang berpanjangan dan kerap bersin, ia mungkin berpunca daripada udara rumah yang tidak bersih, kotor dan berhabuk.

2. Kerap Sakit Kepala Dan Pening

kerap sakit kepala

  • Salah satu punca anda sering mengalami sakit kepala (migraine) atau pening kepala adalah bau yang kurang menyenangkan di dalam rumah anda seperti bau masakan, bau cat rumah, bau kepam dan hapak.
  • Bau pewangi dalam rumah juga boleh menjadi punca anda mengalami sakit kepala kerana pewangi mengandungi bahan kimia.

3. Demam Dan Sakit Tekak

demam dan sakit tekak

  • Kuman dan bakteria yang ada dalam rumah anda boleh menyebabkan anda mudah terkena sakit tekak dan demam.
  • Hal ini berlaku apabila anda dijangkiti kuman dari udara dalam rumah yang menyebabkan anda demam dan sakit tekak.

4. Serangan Asma Dan Allergik

asma dan allergik

  • Penyakit asma adalah penyakit yang popular di kalangan kanak-kanak. Jika udara dalam rumah anda tercemar, anak anda akan mudah terkena serangan asma dan mungkin juga serangan allergik habuk dan sebagainya.

5. Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru

jangkitan kuman

  • Jika anda terlalu lama terdedah kepada udara yang tercemar dalam rumah, anda mungkin boleh dijangkiti kuman di dalam paru-paru.
  • Kesan yang paling serious juga boleh berlaku iaitu kanser paru-paru jika anda membiarkan keluarga anda menyedut udara yang tercemar dalam rumah dengan terlalu lama.

Sebab Perlu Ada Penapis Udara Di Rumah

Penapis udara adalah salah satu cara bagaimana kita nak kawal kualiti udara dalam rumah. Penapis udara berfungsi sebagai alat untuk menapis segala kekotoran, habuk dan debu.

Selain itu, penapis udara juga berfungsi untuk membunuh virus, kuman dan bakteria yang hidup dalam udara rumah kita. Antara sebab utama pelanggan kami memilih untuk menggunakan penapis udara ialah:

  1. Rumah berhabuk
  2. Ahli keluarga ada penyakit asma
  3. Ahli keluarga ada penyakit eczema
  4. Allergik pada habuk
  5. Sering batuk dan bersin
  6. Ada masalah resdung
  7. Sering selsema dan hidung tersumbat waktu pagi
  8. Rumah berbau kepam
  9. Rumah berbau masakan
  10. Kawasan rumah dekat dengan pembinaan
  11. Rumah di sebelah jalan raya
  12. Pelihara kucing dan lain2 haiwan peliharaan
  13. Penghuni rumah merokok
  14. Rumah ada berbau gas
  15. Dan lain-lain

Kenapa Anda Wajib Memilih Penapis Udara Cuckoo?

1. Ultra PM 2.5 Filter

Ultra PM 2.5 Filter merupakan filter atau penapis teknologi terkini yang terdapat dalam Penapis Udara Cuckoo. Ultra PM 2.5 filter direka untuk menapis dan membunuh 99.77% – 99.95% habuk dalam udara rumah. Ia juga diuji dan mendapat sijil pengiktirafan dari Universiti Putra Malaysia.

Ultra PM 2.5

Apa itu PM?

PM ialah Particulate Matter – Zarah-zarah kecil yang terperangkap di dalam ruang udara. Apabila kita bernafas dan menghirup udara, zarah tersebut boleh masuk ke dalam sistem pernafasan atau dalam darah yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Mengikut kajian, PM merupakan salah satu punca yang memberi kesan buruk kepada kualiti udara di dalam rumah.

Penapis Udara Cuckoo yang menggunakan Ultra PM 2.5 Filter ini boleh menapis zarah yang sangat halus bersaiz 2.5 micrometers. Berapa kecil saiz 2.5 micrometers ni? Sehelai rambut biasanya bersaiz 50 – 70 micrometers, saiz zarah yang Ultra PM 2.5 filter ini boleh tapis ialah 30 kali ganda lebih kecil daripada saiz rambut.

pm 2.5 filter

2. Plasma Ioniser (CPI Bacteriostatic)

Penapis Udara Cuckoo juga dilengkapi dengan teknologi Plasma Ioniser. Teknologi Plasma Ioniser yang Penapis Udara Cuckoo gunakan juga dikenali sebagai CPI Bacteriostatic. Teknologi ini berfungsi untuk menghapuskan cas-cas negatif dalam udara untuk mengekalkan udara yang bersih dan segar dalam rumah.

plasma ioniser

Gambar diatas menunjukkan fungsi Plasma Ioniser yang ada dalam Penapis Udara Cuckoo. Plasma Ioniser ini menghasilkan oksigen dan hidrogen untuk perangkap dan memusnahkan kandungan toksik dalam udara. Setelah kandungan toksik dalam udara telah dineutralkan, maka terhasil udara yang bersih dan sihat di dalam rumah. Gambar dibawah menunjukkan keputusan ujian fungsi penapisan dan bacteriostatic dari Penapis Udara Cuckoo.

result

3. Diiktiraf Oleh Korea Air Cleaning Association (KACA)

Teknologi Penapis Udara telah diuji dan diiktiraf oleh Korea Air Cleaning Association (KACA). Pengiktirafan ini hanya diberikan kepada Penapis Udara yang mencapai piawaian standard antaranya:

  • Dust Collection Efficiency
  • Noise Level Of Machine
  • Deodorization Efficiency
  • Limit Size Of Application
  • Ozone Generation Quantity

Dengan pengiktirafan ini, pengguna lebih yakin untuk memilih Penapis Udara Cuckoo kerana sudah pastinya lebih efisien dan berkualiti tinggi.

kaca

4. Mempunyai 10 Mode Operasi

operation mode

Auto Mode : Mode ini berfungsi untuk mengesan kualiti udara dan melaraskan tetapan pembersihan udara secara automatik.

Sterilisation Mode : Mode ini perlu sentiasa ON untuk menghasilkan Plasma Ioniser supaya udara dapat disterilkan.

Turbo Mode : Mode ini bertujuan untuk meningkatkan kelajuan kipas Penapis Udara supaya pembersihan udara lebih cepat dan pantas.

Baby Mode : Mode ini memadamkan lampu indicator pada Penapis Udara dan mengurangkan bunyi udara.

operating mode

Room Care Mode : Melaraskan kelajuan kipas Penapis Udara mengikut saiz bilik.

Yellow Dust Mode : Berfungsi untuk menapis gas-gas merbahaya dan udara yang tercemar dari jerebu.

Energy Eye Mode : Mode ini berfungsi untuk menjimatkan elektrik dengan mengesan gelap apabila lampu rumah ditutup dan memadamkan lampu indicator pada Penapis Udara.

Repeat Mode : Boleh beroperasi mengikut masa yang boleh ditetapkan.

operating mode

Lock Mode : Berfungsi untuk mengunci butang dan mode di Penapis Udara untuk mengelakkan kanak-kanak menekan dan bermain.

Filter Indicator : Menunjukkan masa untuk menukar penapis dalam Penapis Udara tersebut.

5. Penunjuk Kualiti Udara (Air Cleanliness Indicator)

Penapis Udara Cuckoo mempunyai teknologi yang boleh memberitahu anda kualiti udara dalam rumah sama ada bersih ataupun tidak. Semua jenis Penapis Udara Cuckoo mempunyai teknologi ini.

Pengguna Penapis Udara Cuckoo boleh mengetahui kualiti udara dari Penapis Udara dengan cara:

Colour Indicator

Berdasarkan gambar dibawah, warna Biru bermaksud udara dalam rumah anda adalah bersih dan sihat manakala warna Merah menandakan bahawa udara rumah anda kotor dan tidak sihat.

colour indicator

6. Smart Sensor

Penapis udara Cuckoo dilengkapi dengan Smart Sensor menjadikan ia lebih efisien dan berkualiti tinggi. Smart Sensor ini berfungsi untuk mengesan gas, dan zarah halus yang berlegar di ruang udara dalam rumah.

Apabila Sensor ini mengesan zarah atau gas yang merbahaya ini, Penapis Udara akan secara automatik beroperasi mengikut tahap yang optimum untuk menyingkirkan semua bahan toksik, kuman dan bakteria dalam udara.

Antara Jenis Smart Sensor yang digunakan di dalam Penapis Udara ialah:

  • Fine Dust Sensor : Berfungsi untuk menyedut dan menapis zarah atau habuk yang halus dalam udara
  • Gas Sensor : Berfungsi untuk mengesan gas yang merbahaya seperti karbon monoksida atau kebocoran gas memasak dan sebagainya (Hanya ada dalam B Model Cordless Sahaja)
  • PM 1.0 Sensor : Berfungsi untuk mengesan zarah atau bakteria yang sangat halus dalam udara (Hanya ada dalam D Model sahaja)

7. Sistem Penapisan Yang Sempurna Dan Berkesan

Penapis Udara Cuckoo menggunakan 7 Langkah Sistem Penapisan untuk menapis dan memastikan udara dalam rumah anda bersih dan sihat.

7 langkah penapisan

Penapis Udara Cuckoo mempunyai 4 jenis filter dan melalui sistem 7 langkah penapisan (7 Stage Filtration System). 4 jenis filter tersebut ialah Pre Filter, Harmful Gas Easy Filter, Deodorisation Filter dan 4 in 1 Ultra PM 2.5 Filter.

4 filter

Pre-Filter : Berfungsi untuk menapis dan menyingkirkan habuk yang bersaiz besar dan bulu haiwan yang berterbangan di udara.

Harmful Gas Easy Filter : Menyingkirkan gas seperti sulfur dioxide dan nitrogen dioxide.

Deodorisation Filter : Menyingkirkan dan meneutralkan gas beracun seperti  gas ammonia, kebocoran gas memasak dan bau yang tidak menyenangkan seperti bau kepam, bau hapak dan bau masakan dalam rumah.

4 in 1 Ultra PM 2.5 Filter : Penapis ini berfungsi untuk menapis dan menyingkirkan virus, bakteria, kuman, zarah daripada jerebu dan zarah-zarah halus  bersaiz 2.5 micron. Ultra PM 2.5 Filter ini mempunyai 4 fungsi iaitu Anti-Bacteria, Anti-Mold, Anti-Virus, Allergen Filter.

8. Penapis Udara Cuckoo Sangat Sempurna Dan Sesuai Untuk:

 

sesuai untuk

  • Mempunyai anak atau ahli keluarga yang menghidap penyakit asma dan ada masalah sistem pernafasan.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang ada haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing.
  • Sesuai untuk ibu mengandung dan bayi kerana ibu dan bayi banyak menghabiskan masa di rumah.
  • Sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan Pencemaran Udara tinggi, kawasan pembinaan, rumah di sebelah jalan raya dan sebagainya.
  • Mereka yang mempunyai masalah rumah berbau kepam, rumah berbau masakan, rumah berbau hapak dan inginkan udara segar di dalam rumah.

9. Mempunyai Roda

Semua Penapis Udara Cuckoo mempunyai roda yang membolehkan anda menolak dengan mudah Penapis Udara anda kemana yang anda mahukan.

penapis udara

10. Servis Berkala & Penukaran Filter PERCUMA!

Tidak sempurna penggunaan Penapis Udara jika tiada servis berkala dilakukan. Terdapat banyak jenama Penapis Udara yang murah di luar sana tidak disertakan dengan servis.

Tetapi, di Cuckoo, dengan setiap pembelian Penapis Udara, anda akan dapat pakej Servis Berkala Secara PERCUMA bergantung kepada tempoh sewa beli. Servis akan dilakukan oleh Pasukan Professional setiap 4 bulan sekali dan penukaran filter secara PERCUMA.

natural doctor

Berikut merupakan Jadual Penukaran Filter:

  • Pre-Filter : Hanya perlu dicuci sahaja
  • Harmful Gas Easy Filter : Setiap 4 Bulan Sekali
  • Deodorisation Filter : Setiap 12 Bulan Sekali
  • Ultra 2.5 PM Filter : Setiap 12 Bulan Sekali

Penapis yang digunakan dalam Penapis Udara Cuckoo sangatlah berkualiti tinggi sehingga mampu bertahan sehingga setahun baru lah perlu ditukar.

Jika dibandingkan dengan jenama yang servis perlu dilakukan setiap 2 bulan, yang manakah jenama lebih berkualiti?

Ibarat Kancil dan Mercedes. Kancil memerlukan kekerapan yang tinggi untuk servis manakala Mercedes pula tidak perlu kerap diservis kerana jenamanya yang mewah dan kualitinya yang sangat tinggi.

Begitu jugalah dengan jenama Cuckoo, Produk Cuckoo memang berkualiti tinggi sehingga tidak perlu diservis selalu.

Senarai Model Penapis Udara Cuckoo

1. Cuckoo C Model

c model
  • Model Paling Laris kerana harganya yang murah tetapi berkuasa dan berkualiti.
  • Mempunyai fungsi Plasma Ioniser
  • 7 Tahap Sistem Penapisan
  • Voice Guide
  • Mempunyai 6 jenis lampu penunjuk kualiti udara (Lamp Indicator)
  • Sangat jimat elektrik
  • Sempurna untuk kegunaan pembersihan udara dalam bilik

Specification:

c model spec

2. Cuckoo C+ Model (Humidifier)

cuckoo c+
  • Penapis Udara Pertama yang mempunyai fungsi Humidifier dengan Servis Berkala
  • Tempoh sewa beli hanya 3 Tahun sahaja dengan harga RM 120/bulan
  • Mempunyai fungsi Plasma Ioniser
  • 7 langkah sistem penapisan
  • Voice guide dengan 4 bahasa
  • Mempunyai 6 penunjuk lampu kualiti udara di rumah (Lamp Indicator)

Apakah Kelebihan Humidifier?

  • Kekal sihat dan mengelakkan selsema
  • Mengurangkan allergik
  • Tidur dengan lebih lena
  • Tahap kelembapan yang tinggi mampu membantu menghasilkan udara yang segar
  • Mengelakkan daripada masalah kulit kering
  • Melindungi rambut dan kulit kepala
  • Mengekalkan kesihatan dan meningkatkan keselesaan haiwan peliharaan 
  • Rumah akan terasa lebih selesa dan hidup lebih ceria kerana kurang tekanan.

Specification:

cuckoo c +

3. Cuckoo B Model Cordless

b model cordless
  • Penapis Udara Tanpa Wayar
  • Boleh cas dan batteri boleh bertahan sehingga 8 jam
  • Satu-satunya model yang mempunyai Gas Sensor untuk mengesan gas yang beracun dalam rumah.
  • Mempunyai tambahan Allergen Filter yang berfungsi untuk menapis saki-baki habuk, kuman dan bakteria yang terkandung dalam udara.
  • Sewa beli hanya selama 3 Tahun dengan bayaran bulanan RM 140 sahaja.
  • Mempunyai fungsi Plasma Ioniser
  • Voice Guide dengan 3 bahasa.
  • Mempunyai 6 warna penunjuk udara (Lamp Indicator) yang menentukan tahap kualiti udara dalam rumah anda.

Specification:

b model

4. Cuckoo D Model

cuckoo D model
  • Merupakan Penapis Udara Terbesar dalam Cuckoo
  • Mempunyai kuasa sedutan dari semua arah (360 darjah)
  • Mempunyai Plasma Ioniser
  • Mempunyai tambahan PM 1.0 Smart Sensor yang lebih sensitif
  • Mempunyai 6 jenis warna lampu penunjuk kualiti udara (Lamp Indicator)
  • Harga hanya serendah RM 110 sebulan selama 5 Tahun.

Specification:

d model

Jom Whatsapp Saya
error: Content is protected !!