Jawapannya semestinya BOLEH. Jika tidak boleh air ini sudah pasti diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM. Adakah Air RO ini sihat diminum?
Seperti yang telah diterangkan tadi, Air RO adalah air yang betul-betul tulen sehingga tidak mengandungi sebarang mineral dan zat galian. Oleh sebab itu, Air RO tidak berapa sesuai untuk tubuh badan kita. Hal ini telah diperakui sendiri oleh World Health Organization WHO.
- Air RO merupakan air yang bersifat asid. Ia boleh menghakis iaitu dengan menyerap kembali natrium, kalium, klorida, kalsium danion magnesium daripada tubuh badan.
- Menyebabkan tubuh badan menyimpan lebihan air yang tidak dapat dilawaskan (water retention).
- Ia juga akan menyerap elektrolit dari tubuh kerana didalam air tersebut tidak mengandungi garam galian yang amat diperlukan.
Kesan jangka masa panjang mungkin berlaku jika meminum Air jenis RO. Antaranya ialah masalah berkaitan jantung, kekejangan otot, sering keletihan, masalah tulang dan gigi, hipertensi, ulser perut, gastrik dan lain-lain lagi.
Jika anda minum Air RO, rasanya juga kurang enak, ada yang kata Air RO rasanya seperti air kelapa. Air RO juga biasanya kurang berkesan bagi menghilangkan rasa dahaga.
menarik..tq atas perkongsian
Terima kasih Encik Ery. Semoga bermanfaat.