Harga CUCKOO Paling Murah

HARGA PENAPIS AIR CUCKOO PALING MURAH

Sering tular di media sosial kebelakangan ini tentang komitmen bulanan untuk Penapis Air yang mahal dan kontraknya yang begitu lama. Ada yang mencadangkan lebih baik beli air mineral daripada terikat dengan kontrak Penapis Air mana-mana jenama yang ada di Malaysia.

Dalam entri kali ini, saya akan buktikan kepada anda yang mana lebih berbaloi, sama ada pasang Penapis Air di rumah atau beli sahaja air mineral yang ada dijual di pasaraya.

1. PERBANDINGAN HARGA

Adakah beli air mineral lebih murah atau pasang Penapis Air Cuckoo lebih murah? Jom kita buat kira-kira.

Kita ambil contoh jika anda minum Air Mineral Spritzer.

Untuk 1 Carton Air Mineral Spritzer yang ada 12 Botol 1.5L berharga RM 35.00

RM 35.00 / 12 Botol = RM 2.90 Sebotol

Jika sehari anda minum 1 Botol air, bermakna dalam sebulan anda akan beli lebih kurang 3 carton Air Mineral Spritzer.

RM 35.00 x 3 Carton = RM 105 Sebulan

Bermakna dalam sebulan anda mungkin berhabis lebih kurang RM 80-RM 100 untuk beli Air Mineral di pasaraya bergantung pada jenama air.

Bagaimana pula jika anda pasang Penapis Air Cuckoo?
Untuk sekarang Cuckoo ada promosi harga paling murah iaitu Penapis Air Model King Top

king top

 

Bulanan untuk Penapis Air Model King Top ni hanya RM 55 sahaja!

Bermakna,
RM 55 / 30 Hari = RM 1.83 Sehari

Bayaran selama 7 Tahun, Percuma Servis & Warranty mesin selama 7 tahun.

Kenapa anda perlu kisahkan bayaran kontrak selama 7 tahun? Kalau anda tak pasang penapis air pun, selama 7 tahun akan datang anda akan tetap beli Air Mineral di kedai betul tak?

Dari segi harga, sebenarnya jika anda buat kiraan yang betul, masih lagi Penapis Air Cuckoo lebih jimat berbanding beli air mineral di pasaraya.

Tambahan pula, jika anda ada Penapis Air Cuckoo dekat rumah, anda boleh minum air mineral sepuasnya. Selagi rumah anda ada bekalan air paip, selagi itu anda boleh minum air bila-bila masa yang anda suka. Mudah kan?

BACA : HARGA AIR MINERAL SAMA HARGA DENGAN MINYAK RON 95

2. TENAGA

Yang mana lebih jimat tenaga? Jika anda jenis membeli air mineral di pasaraya, sudah pasti anda perlukan tenaga yang banyak untuk angkat kotak air tersebut. Tambahan pula, jika anda tinggal di flat yang tiada lif. Sudah berapa tahun anda kerah tenaga untuk angkat kotak air?

Bayangkan jika anda beli satu Penapis Air Cuckoo dan dengan hanya bermodalkan RM 60 Sebulan, RM 2 Sehari. Bukan sahaja anda dapat bekalan air mineral bersih di rumah, malah anda akan dapat jimat tenaga, tak perlu lagi angkat kotak air berat-berat kan?

 

3. MASA

Jika anda jenis masak air menggunakan cerek, berapa masa yang anda perlukan?
Sebelum pergi kerja, anda perlu masak air, bancuh kopi untuk suami tersayang. Jika anak anda menyusu botol, anda perlu masak air panas dahulu. Anda juga perlukan satu tong khas untuk simpan air masak.

Jika anda nak minum air sejuk, anda perlu simpan berbotol-botol air masak dalam peti sejuk. Jika ada tetamu datang, berapa round air panas yang anda perlu masak untuk jamu teh o atau kopi o untuk tetamu?

Cuba bayangkan dengan RM 60 sebulan, anda dapat selesaikan semua masalah yang saya sebut di atas? Sangat mudah jika anda ada satu Penapis Air Cuckoo di rumah.

Nak bancuh air kopi, teh atau milo? Tekan je!
Nak bancuh susu anak? Tekan je!
Nak minum air sejuk? Tekan je!
Tetamu datang? Nak jamu air panas atau air sejuk? Tiada masalah, Penapis Air Cuckoo Ada!

Betapa banyak masa yang anda dapat jimat dengan Penapis Air Cuckoo!

penapis air king top

BACA : MANA LEBIH BAIK? PENAPIS AIR ATAU CEREK?

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Penapis Air Cuckoo lebih berbaloi berbanding anda beli air mineral di luar atau masak air di rumah. Begitu banyak duit, tenaga dan masa yang anda dapat jimat walaupun anda perlu sediakan RM 60 Sebulan untuk Penapis Air Cuckoo.

Jika rumah anda dah ada Penapis Air Cuckoo tetapi mak ayah anda masih masak air guna cerek atau masih beli air mineral, apalah kiranya jika anda bantu mak ayah anda untuk pasang Penapis Air Cuckoo.

Pilihan di tangan anda. Jika sekarang anda masih beli air mineral di luar, 7 tahun akan datang pun anda masih akan beli air mineral. Jika sekarang anda masak air guna cerek, 7 tahun akan datang pun anda masih akan masak air guna cerek.

1 thought on “Harga CUCKOO Paling Murah”

  1. Pingback: backlink wikis

Comments are closed.

Jom Whatsapp Saya
error: Content is protected !!